2 cedera, bangunan dilanda tanah runtuh

2 cedera, bangunan dilanda tanah runtuh

MEKAH, 20 Sept (Arab News) – Dua orang cedera setelah bangunan empat tingkat dilanda kejadian tanah runtuh di Mekah pada Jumaat.

Insiden itu berlaku di daerah Al-Bathaa, dan yang cedera – seorang lelaki dan seorang wanita – telah dimasukkan ke hospital, jurucakap Pertahanan Awam, Kolonel Abdullah Al-Harthi dipetik sebagai berkata oleh media tempatan.

Satu jawatankuasa telah diarahkan untuk memeriksa standard keselamatan bangunan di kawasan tempat insiden berlaku. Pada Khamis, dua jemaah cedera selepas kebakaran meletus di tingkat kelapan hotel 11 tingkat di kejiranan bandar suci, Al-Aziziyah.