2 cedera serangan bom Mesir

2 cedera serangan bom Mesir

KAHERAH, 8 Okt (Bernama) – Sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang anggota polis cedera apabila sebuah bom buatan sendiri meletup berhampiran sebuah balai polis di sini, Press Trust of India (PTI) melaporkan polis hari ini.

Bom itu ditanam oleh militan yang tidak diketahui di bawah kenderaan polis yang diletakkan berhampiran stesen polis Azbakia, salah sebuah daripada kawasan sesak di Kaherah lewat malam tadi, kata polis.

Mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, kata sumber perubatan. Pasukan keselamatan sedang menyiasat kejadian itu dan mencari jika terdapat bom lain yang berpotensi diletakkan di tempat kejadian.

Mesir telah menyaksikan beberapa siri serangan sejak revolusi Januari 2011 yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Sasaran serangan kepada pihak polis dan tentera meningkat selepas penyingkiran bekas presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013 oleh tentera berikutan bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya. Lebih 600 anggota keselamatan telah dilaporkan terbunuh sejak itu.

ARTIKEL YANG SAMA