2 didenda $4,000, miliki rokok seludup

2 didenda $4,000, miliki rokok seludup

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_150824_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $4,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam, selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin menjatuhi denda itu ke atas Salleh bin Bisu, 47, dan memberinya tempoh sehingga hujung Oktober 2015 untuk membayar denda dan jika gagal berdepan empat bulan penjara.

Defendan didakwa memiliki 10 karton rokok yang tidak dikenakan cukai apabila kereta yang dipandunya dari Limbang ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah sekitar jam 12:15 tengah hari pada 3 Mac 2015.

Pemeriksaan menemui rokok-rokok itu disembunyikan di beberapa bahagian keretanya.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang wanita tempatan turut dikenakan denda $4,000 atas kesalahan yang sama.

Majistret Kanan turut memberikan tempoh sehingga hujung Oktober 2015 untuk Siti Suzelita Sazrikin binti Hassan membayar denda atau berdepan empat bulan penjara.

Defendan berusia 22 tahun itu didakwa memiliki 101 paket rokok apabila pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan pencegah kastam di rumahnya di Kampung Kilanas kira-kira jam 10:24 pagi pada 18 Ogos 2015.

ARTIKEL YANG SAMA