2 disingkir dari Parlimen HK

2 disingkir dari Parlimen HK

HONG KONG, 15 Nov – Sebuah mahkamah Hong Kong hari ini memerintahkan untuk menyingkirkan dua ahli perundangan pro kemerdekaan dari parlimen, seminggu selepas Beijing berkata ia tidak akan membenarkan kedua-duanya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan ketika kebimbangan memuncak berhubung kebebasan bandar yang menjadi ancaman.

Baggio Leung dan Yau Wai-ching sengaja silap membaca kenyataan angkat sumpah pelantikan mereka, memasukkan kata makian dan membaluti diri mereka dengan bendera ‘Hong Kong adalah bukan China’ semasa majlis pengangkatan sumpah bulan lalu, mencetuskan kajian semula kehakiman berhubung masa depan mereka sebagai ahli perundangan.

“Leung dan Yau telah disingkirkan daripada memegang tugas dan telah dibatalkan dari pejabat anggota Majlis Perundangan,” kata hakim Thomas Au dalam penghakiman bertulis.

Yau Wai-ching (tengah) memegang keputusan mahkamah ketika dia meninggalkan Mahkamah Tinggi di Hong Kong pada 15 November. – AFP
Yau Wai-ching (tengah) memegang keputusan mahkamah ketika dia meninggalkan Mahkamah Tinggi di Hong Kong pada 15 November. – AFP

“Sumpah yang sengaja diucapkan oleh Leung dan Yau pada 12 Oktober 2016….adalah batal dan tidak sah dan tiada memberi kesan perundangan,” kata Au.

Au juga berkata cara mereka mengangkat sumpah itu menunjukkan dengan ‘jelas yang mereka tidak sebenarnya jujur untuk mendukung dan mematuhi’ perlembagaan bandar itu.

“Dengan atau tanpa interpretasi (Beijing), mahkamah akan tetap mengambil kesimpulan yang sama,” tambahnya. – AFP