2 disyaki hidap MERS di UK

2 disyaki hidap MERS di UK

LONDON, 28 Julai (Reuters) – Pegawai-pegawai kesihatan sedang menyiasat dua kes Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) yang disyaki semalam di sebuah hospital di utara England yang mengakibatkan jabatan kecemasannya ditutup.

Dua pesakit yang disyaki di Manchester Royal Infirmary ditempatkan di tempat pengasingan, tetapi tidak ada risiko nyata kepada orang lain di hospital berkenaan atau kepada orang awam, menurut Central Manchester University Hospitals Trust.

“Kedua-dua pesakit diasingkan bagi pengurusan yang sedang berjalan ke atas keadaan mereka sementara ujian dijalankan. Seorang pesakit kini dipindahkan ke North Manchester General. Hasil ujian masih dinantikan,” menurut kenyataan hospital berkenaan.

“Manchester Royal Infirmary A&E dibuka kepada orang ramai. Kami ingin menenangkan para pesakit kami dan orang awam bahawa tidak ada risiko nyata kepada kesihatan awam.”

Kes-kes jangkitan virus MERS, yang mengakibatkan batuk dan demam, dan boleh membawa kepada penyakit radang paru-paru dan kegagalan buah pinggang yang membawa maut, terutamanya ditemui di Arab Saudi dan Korea Selatan. Tetapi ia juga diimport dalam para pelancong kira-kira ke 25 buah negara di seluruh dunia sejak kali pertama muncul pada tahun 2012.

Satu ujian dijalankan bagi memastikan dua yang disyaki hidapi MERS. – Reuters
Satu ujian dijalankan bagi memastikan dua yang disyaki hidapi MERS. – Reuters

MERS membunuh kira-kira 38 peratus mereka yang dijangkiti dan berpunca dari coronavirus dari keluarga sama sebagai yang mengakibatkan letusan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 2003 yang membawa maut di China. Ia juga berkait dengan virus demam selesema biasa, meskipun ia tidak boleh berjangkit seperti demam atau selesema.

Ben Neuman, ahli virologi di Universiti Reading, berkata jika kes-kes United Kingdom (UK) disahkan, risiko MERS berkembang menjadi letusan di Britain adalah kecil.

“MERS hanya menjadi masalah jika ia salah dikendalikan,” katanya, dengan menambah kata faktor penting dalam mencegah letusan ialah dengan cepat mengasingkan kes-kes, memantau hubungan mereka bagi tanda-tanda penyakit, membersihkan kawasan terjejas dan melapor balik secara terbuka dan jujur kepada orang ramai.

“Akibat Ebola, terdapat jauh lebih ramai lagi orang di UK dengan pengalaman mengendali virus berbahaya dari setahun lalu,” ujarnya, dengan merujuk kepada kejayaan UK dalam mengendali virus Ebola dalam pesakit yang pulang dari Afrika Barat.