2 ditangkap disyaki terlibat sindiket penyeludupan manusia

2 ditangkap disyaki terlibat sindiket penyeludupan manusia

BERLIN, 10 Mac (dpa) – Dua lelaki telah ditangkap selepas pihak berkuasa Jerman menjalankan siri serbuan ke atas sindiket penyeludup manusia yang disyaki, kata polis hari ini.

Lelaki berkenaan berusia antara 36 dan 51, muncul di mahkamah hari ini atas dakwaan ‘penyeludupan manusia komersial’. Mereka telah ditangkap kelmarin semasa satu serbuan ke atas rumah-rumah dan premis perniagaan di Berlin dan empat negeri persekutuan lain.

Seramai 17 orang telah disiasat yang berkaitan dengan sindiket jenayah itu – empat lelaki dan dua wanita yang disyaki menyeludup manusia dalam 24 kes berasingan, dan 11 yang lain atas penempatan haram di negara itu.

Polis di negeri timur Saxony-Anhalt mengatakan kumpulan itu disyaki menganjurkan perkahwinan palsu untuk membawa penghijrah masuk ke negara itu, yang dikenakan caj masing-masing 20,000 euro.

Telefon bimbit, wang tunai 8,000 euro dan dokumen yang disyaki memiliki butiran perkahwinan palsu, transaksi penerbangan dan kewangan telah dirampas dalam serbuan itu.

ARTIKEL YANG SAMA