2 gempa bumi landa NZ

2 gempa bumi landa NZ

WELLINGTON, New Zealand, 22 Nov – Dua gempa bumi kuat melanda kawasan berlainan di New Zealand hari ini tetapi tidak adanya laporan mengenai kerosakan atau kecederaan serius.

Gempa bumi pertama dengan magnitud 5.6 melanda di luar pantai North Island di New Zealand pada kira-kira 1:20 petang. Ia disusuli oleh gempa bumi 5.3 magnitud, lima jam kemudian yang melanda South Island dan nampaknya ia merupakan satu gegaran lanjutan akibat gempa bumi kuat pada minggu lalu.

Gempa bumi pada Isnin lalu diukur pada magnitud 7.8 dan membunuh dua orang selepas ia melanda berhampiran bandar pantai Kaikoura. Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan satu amaran tsunami untuk kedua-dua gempa bumi yang melanda hari ini.

Pusat gempa untuk gempa bumi pertama hari ini terletak kira-kira 200 kilometer dari timur laut ibu negara Wellington, menurut Jabatan Geologi AS. Ia berada pada kedalaman cetek 10 kilometer.

Gempa bumi kedua adalah pada 78 kilometer dari timur laut Christchurch dan dirasakan di bandar. Ia juga terletak pada kedalaman cetek 4 kilometer. Satu gempa bumi di bandar tersebut lima tahun lalu membunuh 185 orang dan memusnahkan beribu-ribu rumah dan bangunan.

Negara dengan 4.7 juta penduduk itu terletak di “Lingkaran Api,” satu lengkung garis sesar di sekitar Lautan Pasifik di mana gempa bumi biasa berlaku. – AP

ARTIKEL YANG SAMA