2 gempa bumi sederhana landa Taiwan, Indonesia

2 gempa bumi sederhana landa Taiwan, Indonesia

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Dua gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Yungkang, Taiwan dan Halmahera, Indonesia awal pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini,gempa bumi pertama berlaku di Halmahera, 180km barat laut Sorong pada pukul 3.21 pagi.

Sementara gempa bumi kedua melanda 95km tenggara Yungkang pada pukul 10.13 pagi tadi.

Kedua-dua gempa bumi tidak mengakibatkan ancaman tsunami, katanya. – Bernama