2 hektar hutan berdekatan Perpindahan Kg. Katok A hangus

2 hektar hutan berdekatan Perpindahan Kg. Katok A hangus

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Satu kejadian kebakaran hutan berdekatan Perpindahan Kampung Katok ‘A’ berlaku tengah malam tadi membabitkan kawasan tanah kerajaan seluas kira-kira 2 hektar.

Kebakaran dikatakan berlaku sekitar jam 12 tengah malam.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Beribi bersama lima anggota diketuai ASO Abas bergegas ke tempat kejadian dan bertungkus lumus mengawal api daripada terus merebak.

Menurut jurucakap bomba, ketika pasukan bomba sampai di tempat kejadian, api sudah marak membakar kawasan hutan terbabit.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan dan tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Api marak dalam kejadian kebakaran hutan berdekatan Perpindahan Kampung Katok A malam kelmarin. – Gambar oleh Fadhli Hamid
Api marak dalam kejadian kebakaran hutan berdekatan Perpindahan Kampung Katok A malam kelmarin. – Gambar oleh Fadhli Hamid

ARTIKEL YANG SAMA