2 juruterbang disyaki ancam keselamatan

2 juruterbang disyaki ancam keselamatan

SYDNEY, 9 Julai (AFP) – Pihak berkuasa Australia percaya dua juruterbang Indonesia menimbul ancaman keselamatan selepas diradikalkan oleh kumpulan Negara Islam (IS), dokumen risikan bocor yang diperoleh oleh laman web siasatan menunjukkan, walaupun pegawai enggan mengesahkan kebenarannya semalam.

“Laporan Risikan Operasi” Polis Persekutuan Australia, disiarkan online oleh laman web siasatan The Intercept, berkata juruterbang “kemungkinan pekerja” AirAsia dan Premiair dan menarik perhatian mereka menerusi laman web Facebook.

Ia berkata siaran mereka “menyimpulkan sokongan kepada kumpulan IS.”

“Selepas mengkaji semula isi kandungan kedua-dua akaun, didapati orang berkenaan mungkin dipengaruhi oleh elemen radikal, sekurang-kurangnya daripada persekitaran online, dan akibatnya, mungkin menimbulkan satu ancaman keselamatan,” katanya.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, polis persekutuan enggan memberi komen mengenai sama ada dokumen, berjudul “Pengenalpastian juruterbang Indonesia dengan kemungkinan fahaman pelampau” dan bertarikh 18 Mac tahun ini, adalah asli.

“Polis Persekutuan Australia tidak memberi komen mengenai isu risikan,” katanya. “Polis Persekutuan Australia mengekal hubungan yang kukuh dengan rakan penguatkuasa undang-undang domestik dan asing untuk memastikan keselamatan berterusan warga Australia di Australia dan luar negara.”

Juruterbang AirAsia lulus daripada akademi pada 2010, kata dokumen, dan membawa kapal terbang di laluan antarabangsa termasuk ke Hong Kong dan Singapura. Ia berkata satu perubahan dalam gaya artikel di Facebook menjadi ketara pada September tahun lalu “di mana beliau mulai menyiar bahan yang menandakan sokongan kepada IS.”

Sekitar masa ini, beliau mulai berinteraksi di Internet dengan juruterbang kedua, dikatakan bekas juruterbang tentera Indonesia yang kini bekerja untuk Premiair, yang “suka” siarannya mengenai IS.

Juruterbang itu telah membawa kapal terbang ke Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat, dakwa laporan risikan, dengan siaran terbaru di Facebook termasuk “artikel berkaitan pelampau.”

ARTIKEL YANG SAMA