2 juta penduduk di Aleppo dalam bahaya

2 juta penduduk di Aleppo dalam bahaya

DAMASCUS, 9 Ogos – Lebih dari-pada dua juta orang di Aleppo Syria berada dalam keadaan bahaya berikutan pengepungan besar akan datang, Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberi amaran, memanggil mereka keluar secara segera dari bandar pengeboman dahsyat itu.

Pertempuran ganas telah menggegarkan dibahagian Aleppo dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan pemberontak dan tentera rejim menyita laluan akses penduduk.

Dalam satu kenyataan semalam, pegawai PBB bahagian kemanusiaan di Syria, Yacoub El Hillo, dan penyelaras serantau Kevin Kennedy menggesa “jeda kemanusiaan” dalam permusuhan.

Dua juta orang di bandar itu hidup dalam ketakutan, termasuk mereka yang terperangkap yang mencecah sehingga 275,000 orang di Aleppo timur, kata kenyataan itu.

Pertempuran di Aleppo dilaporkan telah membunuh sekurang-kurangnya 130 orang awam sejak akhir Julai, dan telah memusnahkan hospital, klinik, dan rangkaian kuasa dan air di bandar ini.

“PBB bersedia untuk membantu penduduk awam Aleppo, penduduk bandar itu kini bersatu dalam kesusahan,” kata kenyataan itu.

“Sekurang-kurangnya, PBB memerlukan gencatan senjata sepenuhnya atau jeda kemanusiaan mingguan selama 48 jam untuk memberi pertolongan berjuta-juta orang yang memerlukan makanan dan perubatan di seluruh Aleppo.” – AP