2 juta rakyat Vietnam tiada akses air selamat

2 juta rakyat Vietnam tiada akses air selamat

HANOI, 20 Julai – Dua juta rakyat Vietnam, termasuk 1 juta wanita dan 520,000 kanak-kanak, kini mengalami kekurangan terhadap akses air selamat, menurut Badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Kesaksamaan Gender dan Pengupayaan Wanita (PBB Wanita) hari ini.

Menurut satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh PBB Wanita Vietnam, akibat El Nino, pusat Vietnam, Central Highland dan wilayah-wilayah Delta Mekong telah menghadapi kemarau teruk sejak awal 2016.

Disebabkan kemarau dan pencerobohan air masin, wanita-wanita menghabiskan tambahan dua hingga tiga jam mengumpul air buat keluarga mereka daripada biasa.

Kekurangan akses kepada air bersih dan kebersihan telah meningkatkan risiko kesihatan, terutamanya terhadap wanita, menurut siaran akhbar itu.

Sebahagian kawasan Vietnam yang dilanda kemarau buruk yang menyebabkan kesusahan mendapat sumber air yang selamat. - AFP
Sebahagian kawasan Vietnam yang dilanda kemarau buruk yang menyebabkan kesusahan mendapat sumber air yang selamat. – AFP

Dalam tindak balas terhadap situasi itu, PBB Wanita telah menerima AS$400,000 dari Dana Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB dan AS$300,000 dari Korea Selatan untuk meningkatkan kebersihan dan sanitasi wanita dan kanak-kanak perempuan di wilayah-wilayah yang terjejas kemarau di Vietnam.

Pada Mac 2016, kerajaan Vietnam menggesa bagi bantuan apabila 18 daripada 63 wilayahnya mengalami kemarau paling teruk dalam beberapa dekad kebelakangan.

Rantau-rantau Delta Mekong, Selatan Pusat dan Pusat Tanah Tinggi adalah paling terjejas oleh pencerobohan garam dan kekurangan air. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA