2 kanak-kanak mati dibunuh

2 kanak-kanak mati dibunuh

BEIJING, 5 Ogos (Reuters – Dua orang kanak-kanak terbunuh, disyaki kes homisid, menurut pihak berkuasa, kejadian terbaru di kawasan sama di barat daya China yang berlaku ke atas kanak-kanak ‘yang ditinggalkan’ oleh ibu bapa mereka yang mencari pekerjaan jauh dari rumah.

Di kebanyakan bahagian luar bandar di China, kanak-kanak ditinggal di kampung-kampung dan dijaga oleh nenek datuk mereka atau anggota keluarga lain sementara ibu bapa mereka mencari pekerjaan di bandar-bandar yang berkembang pesat. Mereka kerap tidak dapat menyertai ibu bapa mereka kerana ketiadaan dokumen yang diperlukan untuk tinggal di kawasan bandar, belajar di sekolah dan mendapat perkhidmatan kesihatan. Budak perempuan berusia 15 tahun dan adik lelakinya berusia 12 tahun ditemui mati semalam di rumah mereka di sebuah kampung dekat Bijie, kawasan sama di wilayah Guizhou yang mana empat orang kanak-kanak ‘yang ditinggalkan’ meninggal dunia pada Jun lalu selepas meminum racun serangga., menurut kenyataan kerajaan wilayah Nayong yang disiarkan di online semalam.

Ibu kepada dua orang anak itu telah meninggal dunia dan ayah mereka telah meninggalkan rumah pada Ahad lalu untuk bekerja di bandar lain, dan meninggalkan mereka bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 17 tahun yang telah pergi berjumpa seorang anggota keluarga pada malam Isnin dan tidak pulang ke rumah, menurut kenyataan itu lagi.

Penyiasatan polis yang sedang dijalankan menunjukkan kematian mereka ‘berkaitan dengan pembunuhan, menurutnya. Lebih 60 juta orang kanak-kanak China di kawasan luar bandar ditinggalkan bersama anggota keluarga, meskipun 3.4 peratus tinggal bersendirian, lapor agensi berita rasmi Xinhua hari ini, dengan memetik laporan 2013 oleh Persekutuan Wanita Seluruh China.

ARTIKEL YANG SAMA