2 kapal nelayan asing ditahan di perairan Australia

2 kapal nelayan asing ditahan di perairan Australia

SYDNEY, 20 April (Xinhua) – Pihak berkuasa Australia telah memberkas dua kapal asing yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan utara Australia.

Sebuah kapal yang berlabuh di Torres Strait dengan 10 anggota kru di dalamnya didapati telah menangkap kira-kira 250kg timun laut.

Kapal lain dikesan di luar perairan Barat Australia bersama sembilan anggota kru di dalamnya.

Pihak berkuasa menemui peralatan menangkap ikan yang dilabuh di dalam air pada kapal kedua dan membebaskan ikan yu yang ditemui pada jaring menangkap ikan.

Penguasa Sempadan Maritim (MBC), yang bergabung dengan Penguat kuasa Pengurusan Perikanan Australia (AFMA), menyerahkan kapal tersebut pada hujung minggu, menurut pihak berkuasa hari ini.

“Jika kapal menangkap ikan asing lain memasuki perairan Australia dan terlibat dalam kegiatan haram mereka akan dikesan dan dihentikan,” kata Laksamana Muda MBC, Peter Laver.

Jurucakap AFMA, Peter Venslovas menambah bahawa kebimbangan mengenai kapal nelayan asing adalah perkara paling diutamakan bagi mengekalkan kesihatan ekonomi dan kemapanan sumber penangkapan ikan Australia.

ARTIKEL YANG SAMA