2 keluarga mangsa kebakaran terima bantuan

2 keluarga mangsa kebakaran terima bantuan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Dua buah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kampung Lurong Sikuna, Mukim Peramu, Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini, telah menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

Majlis penyerahan sumbangan berjumlah $8,550 keseluruhannya telah diadakan Ibu Pejabat Yayasan, Jalan Kumbang Pasang di ibu negara, hari ini, dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Sumbangan diterima oleh ketua-ketua keluarga berkenaan iaitu Dayang Siti Nor Emiliana binti Wahid dan Awang Perancis bin Ali.

Awang Perancis ketika ditemui telah menyatakan perasaan bersyukur serta berterima kasih kepada pihak Yayasan atas sumbangan yang telah diberikan kepada mereka.

Haji Brahim ketika menyampaikan derma kepada Dayang Siti Nor Emiliana.
Haji Brahim ketika menyampaikan derma kepada Dayang Siti Nor Emiliana.
Awang Perancis ketika menerima derma daripada Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Awang Perancis ketika menerima derma daripada Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Antara yang hadir pada acara tersebut.
Antara yang hadir pada acara tersebut.

“Dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami, dan dapat jua kami membeli baju, serta belanja anak-anak sekolah dan keperluan-keperluan yang lain,” tambah beliau.

Sumbangan ini merupakan bantuan yang dilaksanakan secara berterusan sebagai salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang kebajikan iaitu untuk memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh dan kebakaran rumah.

ARTIKEL YANG SAMA