2 kepala ditemui di Bandar Mexico

2 kepala ditemui di Bandar Mexico

BANDAR MEXICO, 3 Mei (AFP) – Dua kepala manusia ditemui di Bandar Mexico pada hujung minggu lalu, menurut pihak berkuasa semalam, satu penemuan mengerikan yang lebih lumrah pada rantau-rantau lain di negara itu.

Kepala seorang lelaki telah ditemui dalam beg pakaian Ahad lalu di kawasan Tepito yang penuh dengan jenayah, seorang pegawai di pejabat pendakwa raya memberitahu AFP.

Di tempat lain di bandar besar, satu lagi kepala ditemui Sabtu lalu, bersama-sama satu tangan dan dua lengan bawah di dalam beg plastik hitam yang dibuang di selekoh jalan di daerah Atlampa.

Lebih banyak anggota badan dari individu sama ditemui dalam beg yang dibuang di dua perbandaran lain, menurut pihak pendakwa Bandar Mexico.

Menurut mereka mayat-mayat itu adalah dikatakan dari orang yang berusia 23 tahun dan 27 tahun. Keduanya mempunyai rekod jenayah dan adalah dari sebuah perbandaran di utara Bandar Mexico.

Pegawai-pegawai bandar menegaskan kartel dadah tidak beroperasi di kawasan metropolitan itu yang mempunyai lebih 20 juta penduduk.

Keganasan seperti pertempuran bersenjata di jalan raya dan pemancungan kepala mangsa lebih kerap di luar bandar tetapi bandar itu tidak terlindung dari jenayah seumpama itu.

Pada Mei 2015 berbelas-belas beg berisi jasad tiga manusia ditemui dalam kereta api di bandar itu.

Pada Ogos 2013, 12 jasad orang muda ditemui dalam kubur besar di luar bandar Mexico, tiga bulan selepas mereka diculik dari sebuah bar pada siang hari tidak jauh dari lebuh hias utama bandar itu.

ARTIKEL YANG SAMA