2 kereta bertembung

2 kereta bertembung

TEMBURONG, 10 Sept – Satu lagi kemalangan jalan raya telah berlaku di kawasan Jalan Labu, Bangar, di sini, pagi tadi, yang melibatkan dua buah kereta dengan salah seorang pemandu telah dikejarkan ke Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam bagi mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu oleh seorang lelaki warga emas bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dipandu seorang wanita kakitangan awam.

Menurut saksi, kereta yang dipandu warga emas berkenaan cuba membelok masuk ke salah satu simpang apabila bertembung dengan kereta wanita berkenaan yang menghala ke Jalan Labu.

Pihak polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Temburong  yang menerima panggilan kecemasan pagi tadi bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan lalu lintas.

Walau bagaimanapun, punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu lebih berhati-hati terutama di musim cuaca kering serta berjerebu dengan penglihatan terhad ketika ini. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Keadaan kereta yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Labu, Temburong pagi kelmarin.
Keadaan kereta yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Labu, Temburong pagi kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA