2 kes selesema burung di China

2 kes selesema burung di China

BEIJING, 9 Okt – Dua kes selesema burung telah disahkan di ladang ternakan di barat laut dan tengah China, namun tiada jangkitan terhadap manusia setakat ini dilaporkan, kata Kementerian Pertanian semalam.

Dua kes tersebut – satu di Jinchang, Wilayah Gansu, dan satu lagi di Xiaogan, Wilayah Hubei – telah disahkan sebagai influenza H5N6 selepas dikesan beberapa hari yang lalu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA