2 kru filem maut dalam nahas pesawat

2 kru filem maut dalam nahas pesawat

SAN PEDRO DE MILAGOS, 13 Sept (AFP) – Dua maut apabila sebuah pesawat membawa kru filem dibintangi Tom Cruise terhempas di Colombia, kata pihak berkuasa penerbangan dan Universal Pictures.

Kru terbabit baru saja menutup tirai filem akan datang diarahkan Doug Liman, “Mena” apabila ia terhempas pada Jumaat ketika kembali ke Lapangan Terbang Enrique Olaya Herrera di Medellin.

Pesawat itu terjunam berhampiran bandar ini di kawasan pergunungan di Colombia. Seorang pegawai penerbangan awam nasional, Uriel Bedoya berkata, pesawat dua enjin itu terhempas jam 5.30 petang Jumaat.

Cruise tiba di Colombia 20 Ogos lalu bagi merakam adegan filem yang berkisar kepada kehidupan juruterbang warga Amerika Syarikat Barry Seal yang bekerja untuk Pablo Escobar, raja dadah yang terbunuh di Medellin pada tahun 1993.