2 lelaki dipenjara, nasib rakan wanita 8 Jun

2 lelaki dipenjara, nasib rakan wanita 8 Jun

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman penjara ke atas dua lelaki warga tempatan atas kesalahan mencuri dan bersubahat dalam menghapuskan barang curi.

Yusbi bin Ramlee, 32, dijatuhi hukuman penjara setahun dan tiga bulan atas dakwaan mencuri sebuah kereta Nissan Sunny di Kampung Salambigar, pada 22 Mei 2016 dan juga mencuri satu tong gas di Kampung Mata-mata antara 18 dan 19 Mei 2016.

Sementara Razuan bin Bawai, 41, dijatuhi penjara setahun dan denda $500 atau satu bulan penjara jika gagal membayar atas pertuduhan mencuri kereta Nissan Sunny dan bersubahat dalam menghapuskan barang curi berupa tong gas.

Manakala seorang lagi rakan sejenayah, Ujiwati binti Ishak, 37, dibebaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri kereta Nissan Sunny yang sama.

pg06_160427_mahkamah logo2

Dia bagaimanapun mengaku bersalah untuk kesalahan mencuri tong gas.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memerintahkan hukuman ke atas Yusbi dan Razuan berkuat kuasa pada 24 Mei, dan menetapkan 8 Jun untuk sebutan kes Ujiwati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor ‘Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi.

ARTIKEL YANG SAMA