2 lelaki ini dikehendaki Polis

2 lelaki ini dikehendaki Polis

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai yang mengenali lelaki yang dirakam dalam rakaman CCTV 24 jam (gambar atas) di sebuah stesen minyak di Muara, baru-baru ini.

Lelaki yang dipercayai seorang warga asing itu dikehendaki polis berhubung kes tipu dan curi.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Muara di talian 2772253 sambungan 212/218 dan 224 atau talian Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

pg06_151125_c

pg06_151125_d

Dalam kenyataan berasingan, Pasukan Polis Diraja Brunei juga memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki warga tempatan berbangsa Melayu, Shahminan bin Mad Ranih (gambar bawah) yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini, yang beralamat di Perumahan Baru Kampong Ayer, diminta menghubungi Balai Polis Kampong Ayer di talian 2202114 atau Hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.