2 lelaki Malaysia didenda

2 lelaki Malaysia didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman denda $2,000 ke atas seorang lelaki Malaysia selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman turut memerintahkan Phang Yun Fatt, 38, supaya dipenjara selama empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Defendan didakwa memiliki lima karton rokok yang disimpan dalam bahagian enjin kereta ketika ditahan oleh pegawai kastam yang bertugas di Pos Kawalan Kuala Lurah sekitar jam 6:20 pagi pada 31 Julai 2015.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang lagi lelaki Malaysia didenda $14,300 selepas mengaku bersalah memiliki rokok dan minuman arak yang tidak diisytiharkan.

Kong Siew Fung, 43, didakwa memiliki 35 karton rokok dan empat botol minuman arak ketika ditahan di Pos Kawalan Kawalan Kuala Lurah pada pukul 6:10 pagi pada 31 Julai 2015.

Kesemua rokok dan minuman arak yang diseludup itu ditemui disembunyikan di beberapa bahagian kereta. Pemangku Majistret Kanan juga memerintahkan defendan supaya dipenjara selama 11 bulan jika gagal membayar denda.

ARTIKEL YANG SAMA