2 lelaki Myanmar dijatuhi hukuman mati

2 lelaki Myanmar dijatuhi hukuman mati

KOH SAMUI, Thailand, 24 Dis (Reuters) – Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman mati ke atas dua orang pekerja asing Myanmar, selepas mereka didapati bersalah membunuh dua orang pelancong muda British di sebuah pulau percutian pada 2014, dalam kes yang penuh kontroversi dan pertikaian ke atas ujian DNA.

Mayat pengembara muda Hannah Witheridge dan David Miller ditemui di pantai di Pulau Koh Tao pada September 2014. Polis berkata Witheridge, 23, telah dirogol dan dipukul hingga mati. Miller, 24, turut mengalami pukulan di kepalanya.

Susulan tekanan berminggu-minggu bagi menyelesaikan kes, polis menahan pekerja asing Myanmar iaitu Zaw Lin dan Win Zaw Tun dan berkata kedua-dua suspek mengaku melakukan jenayah pembunuhan itu.

Kekejaman pembunuhan itu menjejaskan imej Thailand sebagai syurga percutian dan menimbulkan persoalan serius mengenai layanan mereka terhadap pekerja asing.

PEKERJA asing Myanmar, Zaw Lin (kiri) dan Zaw Htun (kanan) meninggalkan mahkamah selepas mendengar keputusan perbicaraan di mahkamah wilayah Koh Samui di Koh Samui, Thailand. - Reuters
PEKERJA asing Myanmar, Zaw Lin (kiri) dan Zaw Htun (kanan) meninggalkan mahkamah selepas mendengar keputusan perbicaraan di mahkamah wilayah Koh Samui di Koh Samui, Thailand. – Reuters

Keputusan dan hukuman daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan mencetuskan tuduhan ketidakcekapan polis, bukti pengendalian yang tidak betul dan ujian DNA serta penyeksaan suspek. Kedua-dua suspek kemudiannya menarik balik pengakuan mereka dan mengatakan mereka telah melakukannya dalam keadaan terpaksa untuk mengaku bersalah.

Keputusan itu dibuat selepas 21 hari pendengaran saksi dalam perbicaraan yang bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan Oktober.

Hakim menyampaikan keputusan dan hukuman dengan berkata ujian DNA yang telah dijalankan oleh penyiasat dijalankan mengikuti piawaian yang telah ditetapkan. Manakala DNA yang ditemui pada Witheridge hampir sama dengan defendan.