2 lelaki rancang serangan keganasan ditahan

2 lelaki rancang serangan keganasan ditahan

SYDNEY, 12 Okt – Pihak berkuasa pencegahan keganasan Australia telah menahan dua lelaki berusia 17 tahun di barat daya Sydney hari ini, sekali gus menghalang satu serangan keganasan.

“Dua orang lelaki ditahan di barat daya Sydney berkaitan dengan satu siasatan berterusan,” beritahu seorang jurucakap polis negeri New South Wales kepada Xinhua hari ini. “Pegawai merampas dua bilah pisau dan pasangan itu masih ditahan. Polis tidak dapat mengeluarkan apa-apa selanjutnya pada masa ini, bagaimanapun tidak adanya ancaman berterusan berhubung perkara ini.”

Media tempatan melaporkan operasi mempunyai kaitan dengan komplot keganasan baru, dengan remaja bersenjatakan bayonet apabila diberkas. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang daripada lelaki berkenaan dikenali oleh polis, setelah disoal sebelum ini oleh pihak berkuasa persekutuan kerana gagal berdiri untuk lagu kebangsaan Australia ketika menghadiri sekolah, lapor penyiar negara Australia.

Australia, sekutu rapat dalam kempen pimpinan AS untuk memerangi keganasan di Syria dan Iraq masih mengambil langkah berjaga-jaga terhadap serangan keganasan dalam negara dalam tempoh dua tahun lalu, menahan atau memenjarakan sekurang-kurangnya 45 tersangka berhubung dengan komplot keganasan domestik. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA