2 letupan gegar bandar Jos

2 letupan gegar bandar Jos

JOS, 6 Julai (AFP) – Dua letupan menggegarkan bahagian tengah Bandar Jos, Nigerian hari ini yang menurut polis insiden terbaharu di wilayah yang sedang bergolak itu.

“Saya mengesahkan terdapat dua letupan menimpa Jos petang ini. Kejadian pertama berlaku di sebuah tempat letak motosikal di Bauchi, manakala kejadian kedua di berhampiran masjid di Yantaya,” kata jurucakap polis Negeri Plateau, Abuh Emmanuel.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat kehilangan nyawa dalam kejadian itu namun anggota polis sudah dikerah ke tempat kejadian.

Pihak tentera berbincang dengan orang awam mengenai letupan tersebut. – AFP
Pihak tentera berbincang dengan orang awam mengenai letupan tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA