2 masjid anjur majlis khatam

2 masjid anjur majlis khatam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Jun – Sebagai mengimarahkan masjid di bulan Ramadan yang mulia ini, beberapa buah masjid di Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, antaranya ialah Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Kampung Sungai Kelugos dan Masjid Kampung Sinaut, Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Semasa Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, seramai 100 orang belia dari Masjid-masjid Daerah Tutong terlibat dalam Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran anjuran Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sinaut turut mengadakan majlis yang serupa bagi AJK takmir dan Muslimah masjid kampung berkenaan, diikuti dengan bacaan tahlil dan doa arwah, kelmarin.

Penyampaian derma anak yatim di Masjid Kampung Sinaut.
Penyampaian derma anak yatim di Masjid Kampung Sinaut.
Majlis khatam Al-Quran di Masjid Kampung Sinaut.
Majlis khatam Al-Quran di Masjid Kampung Sinaut.

Majlis tersebut diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada 17 orang anak yatim di Kampung Sinaut dan 31 orang fakir miskin dari Mukim Keriam yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong dan ahli-ahli perseorangan serta Pengurus Syarikat Osman Momin, Awang Rasul.

Majlis bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan di samping membantu meringankan bebanan anak-anak yatim dan fakir miskin bagi sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri ini nanti.

ARTIKEL YANG SAMA