2 mati pertempuran dengan polis

2 mati pertempuran dengan polis

KATHMANDU, 22 Nov (AFP) – Polis Nepal menembak mati dua orang pembantah selepas pertempuran baru meletus di dataran selatan negara itu ketika krisis berhubung perlembagaan baru semakin rumit, seorang pegawai kanan tempatan berkata hari ini.

Pertempuran meletus pada lewat semalam di daerah tenggara, Saptari ketika para pembantah bersenjatakan belantan dan alat buatan tangan cuba menyekat lebuh raya dalam mengingkari arahan polis, menurut pegawai itu.

“Dua orang terbunuh dalam penembakan oleh pihak polis,” ketua polis daerah Bhim Dhakal memberitahu AFP.

“Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan selepas para pembantah menjadi ganas dan menyerang,” dengan menambah kata bahawa lebih 40 orang pembantah dan polis juga tercedera dalam kekacauan itu.

Nepal begitu bergantung pada India bagi bekalan bahan api dan bekalan lain, tetapi sedikit kargo menyeberangi sempadan dari India sejak bantahan menentang perlembagaan baru meletus September lalu.

Ketika kekurangan bahan api di seluruh negara semakin rumit, bekalan ubat kini juga semakin kurang di negara miskin yang di lingkungan darat.

Setiausaha negara PBB Ban Ki-moon pada Jumaat lalu menggesa para pembantah supaya berhenti ‘menyekat bekalan utama dan menggesa diadakan dialog untuk menyelesaikan krisis ini.’

Lebih 40 orang terbunuh dalam pertempuran antara polis dan orang ramai yang menentang perlembagaan, yang diperkenalkan pada September selepas kejadian gempa bumi yang mengorbankan nyawa yang mendesak parti-parti politik yang bertikai mencapai perjanjian.

Kerajaan Nepal menuduh India, yang mengkritik perlembagaan baru, membalas dengan ‘sekatan tidak rasmi.’

ARTIKEL YANG SAMA