2 maut, 17 hilang dalam Nepartak

2 maut, 17 hilang dalam Nepartak

FUZHOU, 10 Julai – Dua orang maut dan 17 lagi masih hilang selepas Taufan Nepartak menghentam wilayah timur Fujian, China, menurut pihak berkuasa hari ini.

Menjelang tengah hari, sejumlah 438,000 penduduk di sembilan bandar dipindahkan sementara ketika taufan itu memusnahkan lebih daripada 1,000 rumah, menurut satu kenyataan bertulis dikeluarkan oleh pejabat kawalan banjir wilayah.

Hampir 49,000 hektar tanaman rosak akibat taufan itu, 4,500 daripadanya musnah sepenuhnya. Hampir 400 penerbangan pula dibatalkan dan lebih 300 kereta api laju digantung perkhidmatannya, menurut kenyataan itu lagi.

Hujan lebat diramalkan berterusan di wilayah itu dan jumlah yang terjejas mungkin meningkat.

Walau bagaimanapun, Nepartak mengendur menjadi ribut tropika, namun akan membawakan angin dan hujan ke beberapa wilayah termasuk Jiangxi dan Zhejiang, merisikokan beberapa kawasan yang sudah pun terjejas teruk kerana banjir. – Xinhua

Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat di sebuah stesen minyak yang musnah dalam tanah runtuh di Zhangping, tenggara wilayah Fujian, China. Dua orang maut dan 17 lagi hilang selepas Taufan Nepartak melanda. - Xinhua
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat di sebuah stesen minyak yang musnah dalam tanah runtuh di Zhangping, tenggara wilayah Fujian, China. Dua orang maut dan 17 lagi hilang selepas Taufan Nepartak melanda. – Xinhua