2 maut, 9 cedera serangan di kedai Walmart China

BEIJING, 17 Julai – Dua orang ditetak hingga mati dan sembilan orang lain dicederakan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan pisau cincang daging di dalam kedai Walmart di selatan pusat pengeluaran China Shenzhen, kata polis di daerah bandar Bao’an hari ini. Seorang lelaki menganggur berusia 30 tahun ditahan sebagai suspek dalam serangan pada malam semalam, kata polis dalam kenyataan di internet. Motif serangan tidak diketahui.Senjata api tidak dapat diperoleh untuk warga China biasa, dan serangan seumpama itu kerap dilakukan dengan pisau atau bahan letupan buatan sendiri. Jualan pisau telah menghadapi peraturan yang lebih ketat ekoran serangan profil tinggi, ada di antaranya telah mensasarkan kanak-kanak di atau di luar sekolah tadika dan rendah.

Orang yang melakukan kebanyakan serangan sebelum ini telah pun digambarkan sebagai tidak siuman atau mempunyai dendam terhadap masyarakat, dengan gangguan sosial dan kekurangan sumber untuk mendiagnosis serta merawat keadaan sedemikian menyumbang kepada masalah yang dihadapi, kata pakar. – Agensi