2 maut akibat Ebola

2 maut akibat Ebola

CONAKRY, 18 Mac (AFP) – Dua orang daripada keluarga yang sama telah meninggal dunia akibat Ebola di Guinea, kata kerajaan semalam, tatkala WHO mengisytiharkan berakhirnya wabak virus di negara jiran Sierra Leone.

Ujian sampel daripada dua pesakit “mendedahkan kehadiran virus demam perdarahan Ebola,” kata kerajaan dalam satu kenyataan, sementara pegawai bimbang berulangnya kes.

“Untuk sekarang, kami telah mempunyai dua kes yang telah disahkan dan tiga kes disyaki,” tambahnya.

Kes tersebut adalah yang pertama di Guinea sejak negara diisytiharkan bebas daripada Ebola pada akhir tahun lalu, dan agensi kesihatan PBB mengingatkan perulangan penyakit tropika itu – yang telah meragut 11,300 nyawa sejak Disember 2013 – masih mungkin berlaku. Dua kes virus dikenal pasti di Sierra Leone pada awal Januari, kes pertama sejak November tahun lalu.

Seorang wanita berusia 22 tahun meninggal dunia sementara ibu saudaranya terselamat.

ARTIKEL YANG SAMA