2 maut ditembak di kelab malam

2 maut ditembak di kelab malam

MIAMI, 25 Julai – Kira-kira dua orang terbunuh dan 14 lagi cedera dalam penembakan awal hari ini di sebuah kelab malam Florida, kata polis, dalam satu insiden yang dilaporkan berlaku di sebuah parti bagi para remaja.

Serangan itu muncul hanya enam minggu selepas serangan di sebuah kelab kaum sejenis di negeri itu yang mengakibatkan 49 maut dalam pembunuhan teruk di tanah AS sejak serangan 9/11.

Para pegawai telah menahan seorang ‘orang yang berkepentingan’ dan dua individu lain untuk disoal siasat dalam penembakan terbaru, yang berlaku di Club Blu di Fort Myers.

Tempat itu sedang mengadakan parti bagi remaja-remaja pada waktu itu, menurut anggota gabungan tempatan CBS.

Jabatan Polis Fort Myers melaporkan ketika dua individu mati ditembak ‘kira-kira 14-16’ lagi mengalami kecederaan ringan hingga mengancam nyawa semasa episod berkenaan, yang berlaku kira-kira 12:30 pagi (0430 GMT) di lot letak kereta kelab tersebut.

Sebuah rumah berhampiran dan kenderaan juga telah ditembak, mengakibatkan seorang mengalami cedera ringan, menurut jabatan itu dalam kenyataan.

“Pada masa ini peristiwa itu masih lagi aktif ketika para penyiasat dan kakitangan kejadian jenayah cuba untuk memastikan apa yang telah berlaku,” menurut kenyataan itu lagi, menambah bahawa beberapa batang jalan di kawasan itu telah ditutup.

Para pegawai ‘sedang aktif melancarkan pencarian bagi beberapa orang yang mungkin terlibat dalam insiden ini,” walaupun kawasan itu telah dianggap selamat. – AFP