2 maut kemalangan jalan raya di Sarawak

2 maut kemalangan jalan raya di Sarawak

KUCHING, 29 Mei – Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta rentung apabila keretanya terbakar dalam kemalangan berdekatan Family Park, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, maklumat awal menunjukkan kemalangan itu berlaku apabila kereta yang datang dari arah belakang terlanggar bahagian belakang motosikal. – Bernama