2 maut, kemalangan jalan terowong Jepun

2 maut, kemalangan jalan terowong Jepun

TOKYO, 17 Mac (AFP) – Keadaan berapi dan kepuluan asap menyelubungi terowong lebuh raya Jepun hari ini membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan 70 memerlukan rawatan, manakala berpuluh-puluh lagi melarikan diri dari asap toksik yang berpunca daripada kebakaran kenderaan, polis dan media berkata.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 07:30 pagi di dalam 860 meter terowong Hachimitsu di wilayah Hiroshima, barat daya Jepun, kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.

Sebuah trak telah merempuh beberapa kenderaan yang terhenti dalam terowong tersebut, menyebabkan kebakaran kendereaan didalamnya, katanya. Media tempatan berkata belasan kenderaan terlibat dalam kemalangan itu dengan sekurang-kurangnya lima buah kereta terbakar.

Penyiar awam NHK menunjukkan imej yang sangat gelap akibat kepulan asap tebal yang keluar dari terowong itu dimana berpuluh-puluh anggota bomba dan pegawai polis turun di tempat kejadian.

Gambar yang dikeluarkan dari Ibu Pejabat Polis Wilayah Hiroshima kelmarin menunjukkan tapak kemalangan lalu lintas di 860 meter (940 ela) terowong Hachimitsu di wilayah Hiroshima. – AFP
Gambar yang dikeluarkan dari Ibu Pejabat Polis Wilayah Hiroshima kelmarin menunjukkan tapak kemalangan lalu lintas di 860 meter (940 ela) terowong Hachimitsu di wilayah Hiroshima. – AFP

Anggota krew kecemasan terlihat membantu mereka yang melarikan diri dari terowong itu, dengan khemah didirikan bagi membantu mereka yang memerlukan perubatan.

Api berjaya dikawal lebih daripada dua jam selepas kemalangan itu, kata jurucakap polis.

Dua orang, termasuk seorang wanita, telah disahkan mati, walaupun jantina kematian tidak dapat segera ditentukan, kata jurucakap itu. Media tempatan berkata kira-kira 70 orang lain telah dihantar ke hospital bagi rawatan dan pemerhatian.

Polis tidak mempunyai maklumat segera mengenai tahap kecederaan mereka, jurucakap itu berkata, tetapi media tidak melaporkan sebarang keadaan kritikal.

ARTIKEL YANG SAMA