2 maut nahas di Telisai

2 maut nahas di Telisai

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Seorang lelaki berusia 62 tahun bersama anak angkat perempuan berusia 5 tahun maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah van di Kilometer 44, Jalan Tutong-Seria, selepas Stesen Minyak Shell, Telisai, awal pagi ini.

Manakala pemandu van berkenaan, seorang lelaki berusia 42 tahun cedera, patah kedua-dua belah kakinya dan retak tulang rusuk kiri.

Menurut polis, kemalangan berlaku kira-kira pukul 2:40 pagi dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA