2 maut operasi antikeganasan Paris

2 maut operasi antikeganasan Paris

SAINT-DENIS, Perancis, 18 Nov (AFP) – Dua jihad disyaki terbunuh termasuk seorang wanita yang meletupkan dirinya, dalam insiden tembakan hari ini di utara Paris ketika pihak polis sedang memburu dalang serangan minggu lepas di ibu negara Perancis, kata sumber.

Sumber berkata, operasi itu bertujuan mencari dalang suspek yang disyaki melakukan serangan, iaitu Belgium Abdelhamid Abaaoud.

Beberapa orang polis telah tercedera semasa insiden berbalas tembakan semasa operasi. Polis berkata sebelum ini terdapat antara dua hingga empat orang berada di dalam sebuah apartmen yang diserbu pihak polis itu.

Polis Forensik dan anggota BRI, yang merupakan sebuah pasukan polis khas Perancis sedang melakukan operasi di pusat bandar Saint-Denis. – AFP
Polis Forensik dan anggota BRI, yang merupakan sebuah pasukan polis khas Perancis sedang melakukan operasi di pusat bandar Saint-Denis. – AFP

Dua orang dalam apartmen telah terbunuh termasuk seorang wanita yang meletupkan dirinya, dan sekurang-kurangnya tiga polis cedera, kata mereka.

Dua tangkapan dibuat. Apartmen tersebut merupakan rumah kepada Stade de France, salah satu daripada beberapa tempat yang didatangi lelaki bersenjata dan pengebom berani mati pada serangan terburuk pada Jumaat lalu di Perancis, yang didakwa dilakukan oleh kumpulan jihad Negara Islam.

Serangan telah membunuh 129 orang dan mencederakan lebih daripada 350, sebahagian daripada mereka adalah kritikal.