2 maut pengeboman di Turki

2 maut pengeboman di Turki

ANKARA, Turki, 26 Julai (Agensi) – Pegawai Turki mengatakan pemberontak Kurdish telah meletupkan satu bom kereta di Turki terutamanya di barat daya Kurdish yang telah mengorbankan dua orang tentera dan empat lagi cedera.

Pejabat gabenor wilayah Diyabarkir berkata hari ini letupan itu berlaku tatkala sebuah kenderaan tentera membuat perjalanan di jalan raya di bandar Lice.

Keterangannya mengatakan “pengganas” melakukan serangan itu, yang mana biasanya mereka menggelar pemberontak Kurdish. Bagaimanapun, tiada kumpulan dengan serta-merta mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas Turki melancarkan serangan udara terhadap kem pemberontak Kurdish di utara Iraq, serangan pertama sejak proses keamanan dengan pihak Kurdish dilancarkan pada 2012.

Seorang jurucakap bagi pihak kumpulan pemberontak Kurdish, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) mengatakan serangan udara tersebut berkemungkinan pengakhiran gencatan senjata yang diumumkan pada 2013.