2 maut, scaffolding runtuh di Hanoi

2 maut, scaffolding runtuh di Hanoi

HANOI, 13 Okt – Sebuah scaffolding runtuh pada pagi hari ini di ibu negara Vietnam, Hanoi, mengorbankan dua orang pekerja dan empat yang lain cedera. Menurut maklumat awal, kejadian itu berlaku pada kira-kira 5:00 pagi pada hari hari ini (22:00 GMT pada Rabu), apabila pekerja binaan sedang membubuh bahan konkrit di tingkat enam di sebuah bangunan 28 tingkat di daerah Hoang Mai Hanoi.

Dua pekerja jatuh dan meninggal dunia manakala empat yang lain cedera, menurut laporan agensi berita negeri Vietnam, VNA hari ini.Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kemalangan tersebut. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA