2 mayat dituntut hari ini

2 mayat dituntut hari ini

KOTA KINABALU, 19 Jun (Bernama) – Dua mayat terakhir warga Singapura yang menjadi mangsa tragedi gempa bumi di Ranau pada 5 Jun lepas dituntut pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth (QEH) oleh wakil tempatan yang dilantik Pesuruhjaya Tinggi Singapura mewakili keluarga mangsa.

Kedua-dua mangsa berkenaan dikenali sebagai Navdeep Singh Jaryal a/l Raj Kumar dan Mohammad Ghazi Mohamed.

Pengarah QEH Dr Heric Corray ketika dihubungi Bernama berkata wakil keluarga mangsa itu telah menguruskan penghantaran mayat Navdeep dan Mohammad Ghazi untuk dibawa balik ke Singapura hari ini.

“Ia telah diatur untuk penghantaran pulang semalam dan kedua-dua mayat telah diserahkan kepada wakil tempatan Pesuruhjaya Tinggi Singapura kira-kira jam 8 pagi tadi,” katanya di sini.