2 militan Abu Sayyaf terkorban

2 militan Abu Sayyaf terkorban

MANILA, 26 Ogos (dpa) – Tentera kerajaan membunuh dua militan Abu Sayyaf apabila mengebom kem mereka di selatan Filipina, komander tentera serantau memberitahu kelmarin.

Tentera membedil kem itu kelmarin di kawasan pemberontak Abu Sayyaf di bandar Patikul di pulau Jolo, kira-kira 1,000 kilometer selatan Manila, Kolonel Tentera Alan Arrojado berkata.

Kemudian mereka menjumpai dua gerila mati dalam kem yang menempatkan puluhan pondok jerami, dan mengejar selebihnya yang melarikan diri, katanya.

Minggu lepas satu serangan tentera di bandar berdekatan Indanan membunuh kira-kira 15 orang gerila, kata Arrojado.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan terkecil namun yang paling bahaya di selatan Filipina. Ia bertanggungjawab ke atas beberapa serangan maut pengganas di negara itu dan beberapa penculikan berprofil tinggi bagi mendapatkan tebusan.

Tentera Filipina ketika dalam satu operasi memerangi pengganas kumpulan Abu Sayyaf di Filipina. – Reuters
Tentera Filipina ketika dalam satu operasi memerangi pengganas kumpulan Abu Sayyaf di Filipina. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA