2 papan tanda amaran dipasang

2 papan tanda amaran dipasang

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 3 Ogos – Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya telah mengambil inisiatif untuk menghindari perkara yang tidak diingini berlaku kepada orang ramai khususnya pengguna Sungai Tutong, dengan melaksanakan pemasangan dua papan tanda amaran mengenai kehadiran buaya di kawasan Tatangan Sungai Tutong, Pekan Tutong, baru-baru ini.

Pemasangan papan tanda amaran itu dihasratkan untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika mengadakan aktiviti dan menjaga keselamatan mereka semasa berada di sungai berkenaan.

Adalah diharapkan dengan langkah tersebut itu, ia dapat menjadi peringatan untuk mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini di kawasan Sungai Tutong berkenaan yang memang menjadi tumpuan di kalangan para pemancing udang galah dan salah satu tempat pencarian rezeki bagi sebilangan penduduk persekitaran serta aktiviti lain masyarakat tersebut.

Papan tanda amaran yang dipasang di kawasan Tatangan Sungai Tutong, Pekan Tutong.
Papan tanda amaran yang dipasang di kawasan Tatangan Sungai Tutong, Pekan Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA