2 pasukan kukuhkan kedudukan

2 pasukan kukuhkan kedudukan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Perebutan takhta Kumpulan C diteruskan semalam dalam Kejohanan Bola Keranjang NBT Sukan Ria Antara Syarikat yang menyaksikan dua pasukan teratas kumpulan itu semakin mengukuhkan kedudukan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Ketika ditemui Ketua Pasukan Yuan Thong Enterprise (YTE) merangkap pengurus pasukan, Samuel Jong menegaskan agenda utama mereka adalah untuk menebus kekalahan peringkat separuh akhir tahun lalu kepada juara bertahan Istana Maintenance Department.

Sejurus selepas mengalahkan Pasukan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dengan mata besar semalam, kedudukan YTE semakin kukuh apabila berjaya menang dalam tiga perlawanan sebelum ini untuk memastikan kedudukan selesa sebelum ke peringkat seterusnya.

Menurut Samuel, tahun ini mereka tampil lengkap dan bersedia untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi dengan adanya pemain yang berpengalaman berbanding penyertaan pertama sebelum ini yang hanya mampu didaki sehingga ke peringkat separuh akhir.

Antara aksi dalam perlawanan semalam.
Antara aksi dalam perlawanan semalam.

Sementara itu Pasukan YTE yang menang semalam dengan mata 112-82 dan diekori rapat oleh saingannya daripada Digimark Enterprise yang turut mencatatkan kemenangan dengan mata 87-71 ke atas Pasukan Bengkel Kereta Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA