2 PATI ditahan di Semporna dipercayai bom ikan

2 PATI ditahan di Semporna dipercayai bom ikan

SEMPORNA, 29 Mac (Bernama) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan dua lelaki berumur 19 dan 38 tahun yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana melakukan aktiviti mengebom ikan di Laut Samar-Samar semalam.

Komandernya ACP Mohamad Madun berkata mereka pada mulanya ditemui dalam keadaan mencurigakan di dalam bot.

Beliau berkata setelah diperiksa bot berkenaan, ditemui peralatan mengebom ikan. “Antara yang ditemui ialah sembilan botol kaca berisi baja amonia dan tiga alat peletup,” katanya.