2 pegawai keselamatan naik pangkat

2 pegawai keselamatan naik pangkat

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Berdasarkan disiplin keseluruhan dan rekomendasi daripada pihak klien, dua orang pengawal keselamatan KOPRI telah dinaikkan pangkat dan menerima tanda pangkat baru masing-masing pada majlis yang berlangsung di Pejabat KOPRI, Kampung Jaya Setia, di sini, hari ini.

Hadir menyempurnakan pemasangan tanda pangkat baru kepada kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan ialah Setiausaha Kedua, Keselamatan Pertahanan, Kedutaan Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Yuji Shiono.

Pengawal keselamatan yang menerima kenaikan pangkat berkenaan ialah Penyelia 741 Zainal Abidin bin Haji Annuar, dan Penyelia 563 Abdul Wafi bin Ali Omar.

Awang Zainal yang telah berkhidmat di Kedutaan Jepun selama tujuh tahun, ketika ditemui melahirkan perasaan terima kasih kepada Kedutaan Jepun yang sentiasa memberikan sokongan.

“Kita perlu mencapai kecemerlangan dalam semua yang kita lakukan dan juga dalam semua perspektif kewujudan kita selama menjadi pengawal keselamatan. Oleh itu kecemerlangan berkenaan hanya boleh dicapai dengan mengamalkan konsep pelaksanaan pekerjaan yang cemerlang oleh sebuah organisasi yang cemerlang dan terdiri daripada warga yang cemerlang,” ujar beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPRI menyampaikan cenderahati kepada Setiausaha Kedua Keselamatan Pertahanan Kedutaan Jepun.
Ketua Pegawai Eksekutif KOPRI menyampaikan cenderahati kepada Setiausaha Kedua Keselamatan Pertahanan Kedutaan Jepun.
Yuji Shiono menyematkan tanda pangkat kepada salah seorang pegawal keselamatan yang dinaik pangkat.
Yuji Shiono menyematkan tanda pangkat kepada salah seorang pegawal keselamatan yang dinaik pangkat.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPRI, Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Awang Besar mengingatkan pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat supaya mampu menjayakan visi syarikat dan yakin dengan kemampuan diri.

Beliau menyarankan agar mereka berani untuk terus mencuba idea-idea baru dalam membuat penambah baikkan terutamanya dalam proses kerja yang sedia ada.

Di kesempatan ini, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kedutaan Jepun ke Brunei Darussalam kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Syarikat KOPRI dalam menjaga keselamatan kedutaan Jepun dan hari ini, wakil Kedutaan Jepun sendiri yang menyampaikan tanda kenaikan pangkat kepada dua orang pegawai keselamatan cemerlang KOPRI.

ARTIKEL YANG SAMA