Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    2 pekerja asing lari daripada majikan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan dikeluarkan PPDB di sini, laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Nuraini, 29, dengan nombor pasport, C9354330.

    Sementara itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan seorang lagi pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Farida, 23, dengan nombor pasport, C8833969.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan kedua-dua orang perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian, 2242334, Balai Polis Sengkurong di talian, 2661334 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Nuraini
    Farida

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...