2 pekerja buruh ditahan miliki dadah

2 pekerja buruh ditahan miliki dadah

Oleh Arissa

 

LAWAS, 18 Jan – Dua pekerja buruh dicekup polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di bandar ini pada hujung minggu lepas.

Suspek yang berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lawas yang diketuai oleh Inspektor Zulpaka Aidiee dan Inspektor Mohd Azlan Omar.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahamad berkata suspek pertama ditahan Sabtu lepas sekitar jam 2.41 petang.

“Manakala suspek kedua pula ditahan di hadapan sebuah pusat hiburan di sini sekitar jam 1.41 pagi Ahad.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek kedua, kita menjumpai straw berwarna hijau muda mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu dan disembunyikan di badannya,” katanya di sini semalam.