2 Pelajar hadiri ASEAN CyberKids Camp

2 Pelajar hadiri ASEAN CyberKids Camp

DUA orang pelajar, Awang Nazirul Naím bin Alim Abdullah dan Awang Mohd Khaizuran Syukri bin Mohd Bakri, dari Sekolah Rendah Tungku berlepas ke Bandung, Indonesia baru-baru ini bagi menghadiri pertandingan ASEAN CyberKids Camp yang akan berlangsung dari 29 Julai hingga 31 Julai 2016 di Pusat Sekuriti Siber, Institut Teknologi Bandung.

Kedua pelajar itu dipilih berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh AiTi Brunei Darussalam, yang mana mereka telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan itu yang diadakan pada bulan Mac 2016.

Turut hadir di lapangan terbang untuk memberikan sokongan dan semangat serta mengucapkan selamat jalan kepada kedua pelajar itu ialah pegawai dari Pusat STEP Kementerian Pendidikan, Dayang Sarimah binti Abu Bakar; Guru Besar SR Tungku, Hajah Norliha binti Haji Matali; Penolong Guru Besar SR Tungku, Dayang Nadiah binti Haji Mohammad Noor, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga kedua pelajar berkenaan.

Awang Nazirul Naím dan Awang Mohd Khaizuran Syukri berpeluang menyertai ASEAN CyberKids Camp di Bandung, Indonesia.
Awang Nazirul Naím dan Awang Mohd Khaizuran Syukri berpeluang menyertai ASEAN CyberKids Camp di Bandung, Indonesia.

Dengan penglibatan dari sekolah dan juga sebagai wakil bagi Negara Brunei Darussalam bersama negara-negara ASEAN yang lain, diharapkan melalui pertandingan ini akan meningkatkan kemahiran-kemahiran penyesuaian, kreativiti, pemikiran kritikal, menyelesaikan sesuatu masalah, bekerjasama dalam satu kumpulan, berkebolehan menggunakan perisian ICT secara kreatif, dan kesedaran mengenai isu-isu antara budaya.

ARTIKEL YANG SAMA