2 pelajar sertai pertukaran belia Asia

2 pelajar sertai pertukaran belia Asia

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Dua pelajar dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) terpilih untuk menyertai Program Pertukaran Belia Asia di Okinawa atau lebih dikenali sebagai ‘Asean Youth Development Programme’, sebuah projek kerajaan Jepun bagi pembangunan sumber manusia di negara-negara Asia.

Projek berkenaan diadakan bermula 5 Ogos hingga 23 Ogos. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta akan berinteraksi dengan belia-belia yang menyertai program berkenaan yang disertai Brunei Darussalam, Kemboja, China, India, Indonesia, Korea, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Timor-Leste dan Fuji.

Menurut Mohammad Ashraf Haziq bin Mohd Marasharin, salah seorang peserta program berkenaan, “Program yang akan dijalani ini dinamakan Asean Youth Development Programme di mana dua pelajar dijemput oleh Kerajaan Jepun.

Program bertujuan mempelajari budaya peserta yang menyertai program berkenaan sekali gus mempelajari budaya Jepun.”

Selain itu, para peserta akan menumpukan mengenai kajian alam sekitar, terutamanya mencari penyelesaian untuk mengelakkan daripada pemanasan global dan banyak lagi, tambahnya.

Hideki Hagiwara (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar yang akan membuat perjalanan ke Jepun.
Hideki Hagiwara (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar yang akan membuat perjalanan ke Jepun.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Jepun, seramai 28 peserta dari 14 buah negara menyertai program berkenaan, para peserta akan mengambil bahagian dalam pelbagai bidang.

Pada akhir program berkenaan, setiap peserta akan menyampaikan taklimat mengenai apa yang dipelajari sepanjang program itu.

Turut hadir mengucapkan selamat belayar dan memberikan kata-kata nasihat ialah Setiausaha 1, Seksyen Budaya dan Pendidikan di Kedutaan Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Hideki Hagiwara.

Dalam ucapan kata-kata nasihat beliau berharap, dengan adanya program berkenaan ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara serta dapat meningkatkan lagi pemahaman budaya masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA