2 pelancong China maut dalam nahas bot

2 pelancong China maut dalam nahas bot

BANGKOK, 8 Jun – Dua pelancong China terbunuh di Thailand hari ini apabila dua buah bot laju bertembung antara satu sama lain, kata polis, kemalangan bot yang membawa maut kedua melibatkan pelancong dalam masa kurang dari dua minggu.

Pelancongan merupakan sumber penting hasil pendapatan bagi Thailand, namun kemalangan yang melibatkan para pengunjung adalah biasa berlaku di negara yang peraturan keselamatannya sering tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Para penyiasat mengatakan tiga rakyat China lain berada dalam keadaan kritikal berikutan pelanggaran berhampiran pulau Koh Phi Phi, salah satu destinasi pantai paling popular di Thailand.

Salah sebuah bot berkenaan membawa 36 pelancong China termasuk dua kanak-kanak, sementara yang lain membawa 26 penumpang yang mana 22 daripadanya adalah pelancong China.

“Dua pelancong China meninggal dunia, seorang lelaki dan seorang wanita, sementara 20 lagi mengalami kecederaan, tiga daripada dalam keadaan kritikal,” kata Leftenan Prasert Srikhunrat, timbalan komander Polis Marin Phuket.

Kedua-dua bot itu menuju ke Koh Phi Phi, ujarnya kepada AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA