2 pelancong lemas di Koh Samui

2 pelancong lemas di Koh Samui

BANGKOK, 3 Jan (Agensi) – Dua pelancong asing, masing-masing dari China dan Australia maut dalam insiden berasingan ketika berenang di pulau peranginan terkenal di selatan Thailand, Koh Samui, semalam.

Leftenan Kolonel Polis, Apichart Jansamret, berkata dua pelancong itu mati ketika berenang di pantai Chaweng sewaktu ombak besar, manakala dua lagi mengalami kecederaan.

Katanya, tiada panda tanda ‘dilarang berenang’ dan bendera merah di pantai bagi memberi amaran kepada pengunjung dan pelancong mengenai bahaya berenang di situ.

Apichart berkata, keadaan ombak di pantai kelihatan tenang seperti tasik tetapi boleh mudah terjatuh ke kawasan air yang dalam.

“Pelancong mesti terfikir mereka boleh menghadapi keadaan air dan ia tidak sama seperti negara lain tapi ia memang bermasalah,” katanya.

Samui adalah destinasi popular di kalangan pelancong asing di Thailand dan menarik kunjungan 29 juta pelancong tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA