2 pelanggan bertuah dapat tiket penerbangan ke Korea

2 pelanggan bertuah dapat tiket penerbangan ke Korea

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Hari terakhir Pesta Korea di Kompleks Membeli-belah Times Square, baru-baru ini, memberikan kejutan kepada Geyne Jois Robledo apabila terpilih daripada kalangan 1,200 peserta sebagai pemenang utama cabutan bertuah sekali gus memenangi tiket penerbangan ke Korea berserta baucar hotel di Seoul.

Sementara itu, hadiah kedua berupa tiket penerbangan ke Korea dimenangi oleh Awang Hashim bin Haji Abdul Rahman dan Awang Mohd Azimi bin Haji Puteh membawa pulang tikar Ceragerm selaku pemenang ketiga.

Sebanyak 18 hadiah menarik diberikan kepada pelanggan bertuah pada majlis itu, yang disampaikan oleh wakil Kedutaan Republik Korea dan daripada syarikat-syarikat yang menaja pesta berkenaan.

Turut menyampaikan hadiah ialah Timbalan Ketua Misi Kedutaan Republik Korea di Brunei Darussalam, Chang Hoon Yi dan pegawai diplomatik yang lain.

Selain daripada tiket-tiket penerbangan, cabutan bertuah berkenaan turut menawarkan hadiah berupa barangan elektronik dan baucar yang antara lain ditaja oleh Kedutaan Republik Korea, Freme Tour, Pan Bright Travel Agency, Ceragerm, Grand Motors, LG, AIFA, Setia Motors, TCY Motors, Woo Motors, Daelim Industry, Skin Food, The FaceShop, Sarang Korean Restaurant, Jellybear Korea dan Silla Restaurant.

Geyne Jois Robledo (atas) dan Awang Hashim (bawah) menerima hadiah masing-masing semasa Pesta Korea Ahad lalu.
Geyne Jois Robledo (atas) dan Awang Hashim (bawah) menerima hadiah masing-masing semasa Pesta Korea Ahad lalu.

pg07_151110_d

Selain cabutan bertuah, hari terakhir Pesta Korea itu juga diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk demonstrasi memasak oleh Restoran Silla pada jam 5 petang, persembahan seni pasir oleh Sean Chai pada jam 7 malam dan persembahan ITB pada jam 7:45 malam.

Kumpulan komedi Korea, Babbling Perfordian (ONGALS) turut membuat persembahan terakhirnya khas buat semua penonton dari pelbagai lapisan umur diikuti dengan persembahan pakaian hanbok dan bengkel melukis.

Dalam pada itu, Kompleks Membeli-belah Times Square memaklumkan bahawa majlis penyampaian hadiah untuk kempen cabutan bertuah ke-5 akan diadakan pada 15 November, jam 2 petang.

Selain daripada itu, kompleks berkenaan juga akan mengadakan beberapa acara pada masa akan datang seperti Pesta Perkahwinan pada 24 hingga 29 November nanti.